ADN

Periksa mengejut ke rumah, hanya yang layak terima komputer riba percuma

28 Feb 2021, 7:21 AM
Periksa mengejut ke rumah, hanya yang layak terima komputer riba percuma

PETALING, 28 FEB: Kaedah pemeriksaan mengejut ke rumah digunakan terhadap keluarga yang memohon komputer riba percuma bagi memastikan mereka benar-benar layak, kata Ahli Dewan Negeri Kinrara.

Menurut Ng Sze Han, kaedah itu dilaksanakan setelah pihaknya menerima lebih 500 permohonan komputer riba percuma menerusi Program Cerdik Kinrara yang dilancarkan sejak bulan lalu.

"Disebabkan hanya ada 100 komputer riba buat masa ini, kami perlu memilih mereka yang benar-benar layak sahaja supaya tidak ada golongan kurang mampu diketepikan.

"Oleh itu, setelah permohonan diterima, kakitangan pusat khidmat saya membuat kunjungan mengejut ke rumah mereka sekali gus dapat menilai dengan lebih dekat dan tepat sama ada penerima layak atau tidak," katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan komputer riba percuma kepada 20 pelajar di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Kinrara, pagi tadi.

Mengulas lanjut mengenai sumbangan berkenaan, Sze Han yang juga EXCO Kerajaan Tempatan berkata kos peruntukan membeli komputer riba adalah dari pusat khidmatnya serta sebahagiannya daripada derma orang ramai.

"Walaupun sudah ada segelintir pelajar sudah boleh ke sekolah, tetapi saya dapati komputer riba amat penting pada hari ini. Tetapi tidak semua dapat membelinya kerana kekangan kewangan keluarga.

"Sekiranya kita ada lagi peruntukan, program ini akan diteruskan dan lebih ramai keluarga kurang mampu dapat menggunakan komputer riba," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619