AGENDA

Kerajaan digesa kaji denda ingkar SOP, rakyat terkesan

27 Feb 2021, 1:27 AM
Kerajaan digesa kaji denda ingkar SOP, rakyat terkesan

SHAH ALAM, 27 FEB: Kerajaan diminta mengkaji semula penguatkuasaan kompaun RM10,000 terhadap pelanggar tatacara operasi piawai (SOP) pencegahan dan kawalan pandemik Covid-19.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan itu hanya membebankan serta mendera rakyat memandangkan golongan berkenaan akan dikenakan denda maksimum jika melakukan kesalahan.

"Berbanding orang besar, atasan dan berdarjat tinggi. Berapa ramai dah terbukti melanggar (SOP) tetapi mereka tak dikenakan (maksimum) dan jika didenda masing-masing boleh buat rundingan.

"Saya tak mengerti kenapa kerajaan bersikap angkuh tak pedulikan rakyat. Saya bukan memandang ringan pelanggaran SOP ini kerana kesihatan harus diutamakan namun tidak bersetuju dengan pendekatan diambil," kata ketua pembangkang itu ketika bersiaran secara langsung di Facebook malam tadi.

Menurutnya kerajaan harus lebih fokus kepada masalah pengangguran, kemiskinan dan perumahan rakyat berbanding meningkatkan jumlah denda terbabit.

"Kita bimbang pengisytiharan Proklamasi Darurat hanya dibuat bagi mengelak perbahasan (ahli parlimen) selain semua keputusan dibuat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan demi kepentingan politik," kata pengerusi Pakatan Harapan.

Khamis lalu, kerajaan mewartakan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021, yang menetapkan individu melanggar SOP dikenakan kompaun sehingga maksimum RM10,000 manakala bagi syarikat atau pertubuhan dikenakan kompaun sehingga maksimum RM50,000 berkuat kuasa 11 Mac ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619