BERITA UTAMA

Warga tani diseru daftar maklumat diri, mudahkan salur bantuan

25 Feb 2021, 10:30 AM
Warga tani diseru daftar maklumat diri, mudahkan salur bantuan

HULU LANGAT, 25 FEB: Warga tani Selangor diseru untuk mendaftar maklumat peribadi dengan jabatan berkaitan bagi memudahkan Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan.

EXCO pemodenan pertanian dan industri asas tani berkata golongan itu merupakan mereka yang bergiat dalam sektor pertanian, nelayan, penternakan serta akuakultur.

"Kerajaan Negeri mahu mereka mendaftar maklumat peribadi kerana lebih mudah untuk kita salurkan sebarang bantuan. Kita ada banyak bantuan untuk warga tani, tetapi sayangnya maklumat mereka tiada dalam mana-mana agensi kerajaan berkaitan.

"Oleh itu saya gesa supaya semua warga tani di negeri ini segera berdaftar, tidak kisah sama ada anda usahawan tani secara kecil-kecilan ataupun berskala besar," kata Ir Izham Hashim selepas menyerahkan 6,400 kilogram baja kompos percuma kepada petani di pasar lama Pekan Beranang hari ini.

Beliau menjelaskan sehingga kini hanya 20,000 individu yang mendaftar sedangkan Selangor mempunyai lebih 50,000 warga tani serta golongan terbabit boleh berbuat demikian di Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan mahupun pejabatnya di SUK.

"Memandangkan situasi pandemik Covid-19 ketika ini, kita akan permudahkan urusan pendaftaran dengan melantik ketua kampung dan juga ahli majlis untuk mencari warga tani ini.

"Data-data yang dikumpul ini juga amat berguna untuk Kerajaan Negeri memperkasakan pengeluaran makanan iaitu hasilnya dikeluarkan oleh warga tani kita sendiri," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619