ADN

Hampir 700 calon SPM DUN Dusun Tua terima pek makanan

24 Feb 2021, 2:19 PM
Hampir 700 calon SPM DUN Dusun Tua terima pek makanan

SHAH ALAM, 24 FEB: Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua menyediakan pek makanan kepada 689 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di dua sekolah kawasannya hari ini.

Wakil rakyatnya berkata seramai 419 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Jalil dan 270 dari SMK Dusun Nanding, Hulu Langat menerima bantuan tersebut.

"Sumbangan ini bertujuan memberi semangat kepada calon SPM ini untuk menjawab peperiksaan selain tidak mahu mereka kelaparan.

"Saya berharap makanan yang disediakan pasukan Gerak 23 DUN Dusun Tua membantu mereka lebih fokus dan semoga berjaya menduduki SPM," kata Edry Faizal Eddy Yusof kepada SelangorKini.

Menurutnya, sebanyak RM6,000 diperuntukkan untuk kedua-dua sekolah tersebut dengan harapan mampu meringankan beban keluarga dan pihak sekolah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619