ADN

Ratu rock negara sumbang pek makanan kepada mangsa banjir Batu Tiga

20 Dis 2021, 1:45 AM
Ratu rock negara sumbang pek makanan kepada mangsa banjir Batu Tiga

SHAH ALAM, 20 DIS: Kesusahan dihadapi mangsa banjir di Batu Tiga di sini mendapat perhatian ratu rock tanah air, Ella.

Pemilik nama lengkap Norzila Aminuddin, 55, tampil menghulurkan 300 pek makanan sedia dimakan kepada Bilik Gerakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga semalam.

Perkara itu dikongsikan wakil rakyat kawasan terbabit Rodziah Ismail melalui Facebook yang berterima kasih dan menghargai sumbangan penyanyi berkenaan.

"Terima kasih Ella (beri sumbangan). Dia beri makanan sedia dimakan iaitu terubuk steam jenama Timore, jadi tak perlu masak," kata Rodziah yang juga EXCO Kerajaan Negeri.

Sementara itu, pelantun Sepi Sekuntum Mawar Merah dan Sembilu meminta orang ramai mengulang kicau tulisannya di Twitter berkenaan inisiatif sedang digerakkan bagi membantu mangsa terjejas.

"Ella nak hantar 300 pek makanan 'ready to eat' kepada mangsa banjir sekitar Shah Alam.

"Mohon RT (ulang kicau) untuk team (pasukan) Ella hantarkan ke lokasi dengan sebaiknya #daruratbanjir," tulisnya di Twitter.

Hujan lebat luar biasa sejak Jumaat, lebih dua kali ganda taburan tertinggi sebelum ini iaitu kira-kira 180mm, mengakibat banyak lokasi di Selangor ditenggelami air.

Semua aset Kerajaan Negeri dan agensi persekutuan termasuk bomba, polis dan tentera dikerah bagi memindahkan mangsa ke tempat selamat selain mengagih barang keperluan asas.

Usaha berkenaan diselaras Smart Selangor Operations Centre (SSOC) yang beroperasi 24 jam, berpusat di Ibu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619