BERITA UTAMA

Badan pengurusan Zon 6 MPS terima enam mesin sanitasi

22 Feb 2021, 12:45 AM
Badan pengurusan Zon 6 MPS terima enam mesin sanitasi

BATU CAVES, 22 FEB: Sebanyak enam mesin sanitasi disumbangkan kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB) Zon 6 Majlis Perbandaran Selayang (MPS) semalam.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata sumbangan itu sebagai usaha memerangi Covid-19 yang kini berada dalam kawasan komuniti.

"Kita harap mereka dapat memanfaatkan mesin ini dan menjalankan operasi nyahcemar di kawasan pangsapuri atau kediaman demi memutuskan rantaian wabak," katanya ketika ditemui di Pangsapuri Kenanga, Gombak Permai semalam.

Pada masa sama, Amirudin menjangkakan kes positif wabak di Selangor bakal menurun tiga digit sekitar Mac atau April ini sejurus tibanya vaksin.

"Bagaimanapun, kita harap masyarakat disiplin patuhi tatacara operasi piawai (SOP) dan jaga penjarakan sosial. Walaupun vaksin sudah ada kita masih perlu mengambil langkah berjaga-jaga," katanya.

Selangor sentiasa menjadi negeri tertinggi kes baharu Covid-19 sehingga terpaksa dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619