BERITA UTAMA

Pupuk minat seni muzik cempuling bermula usia muda

21 Feb 2021, 6:00 AM
Pupuk minat seni muzik cempuling bermula usia muda

KUALA LANGAT, 21 FEB: Minat terhadap seni muzik cempuling harus dipupuk seawal usia kanak-kanak demi memelihara warisan itu daripada pupus.

EXCO kebudayaan dan warisan berkata seni itu perlu dipelihara dan dihayati terutama dalam kalangan generasi muda.

"Saya nasihatkan ahli keluarga juga menyokong dan beri galakan kepada anak mereka untuk menghayati nilai seni muzik tradisional seperti cempuling.

"Malah, konsep cempuling juga bagus yang mana berunsurkan nasihat dan menyebarkan dakwah," kata Borhan Aman Shah.

Beliau berkata demikian pada program Jelajah Rentak Selangor Siri Satu yang menampilkan demonstrasi seni muzik cempuling di Kampung Sungai Lang Tengah di sini semalam.

Beliau berharap semua kaum minat untuk belajar cempuling walaupun muzik tradisi itu berasal dari masyarakat Jawa.

Pada program sama beliau turut memuji persembahan ditonjolkan kumpulan kanak-kanak peringkat Kampung Sungai Lang Tengah yang bakal menjadi pelapis cempuling.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619