AGENDA

Boleh gerak lebih radius 10km, rentas negeri, daerah kekal tidak dibenarkan

16 Feb 2021, 9:59 AM
Boleh gerak lebih radius 10km, rentas negeri, daerah kekal tidak dibenarkan

SHAH ALAM, 16 FEB: Kerajaan membenarkan pergerakan melebihi radius 10 kilometer (km) dari lokasi namun rentas daerah atau negeri masih tidak dibenarkan.

Menteri kanan keselamatan berkata keputusan itu dibuat selepas banyak aktiviti perniagaan beroperasi di seluruh negara.

"Selepas mengambil kira keputusan kerajaan sebelum ini yang membenarkan banyak sektor perniagaan dibenarkan beroperasi, adalah tidak relevan untuk kita terus melarang mana-mana pihak bergerak dalam radius 10 km.

"Bagaimanapun, larangan merentas daerah dan negeri setakat ini masih lagi dikekalkan di semua negeri," kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hari ini.

Pergerakan lebih 10 km ini adalah dibenarkan di semua negeri yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat dan Perintah Pemulihan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619