AGENDA

Selangor atur aksi persahabatan, perkukuh pasukan untuk Liga-M

16 Feb 2021, 6:18 AM
Selangor atur aksi persahabatan, perkukuh pasukan untuk Liga-M

SHAH ALAM, 16 FEB: Selangor FC akan mengadakan tiga perlawanan persahabatan untuk memastikan pemain tampil lebih mantap pada kempen Liga Malaysia (Liga-M) 2021 bermula 5 Mac ini.

Ketua pegawai eksekutifnya berkata pasukan Gergasi Merah itu bakal beraksi menentang Polis Diraja Malaysia pada 20 Februari, PJ City (24 Februari) dan Kuala Lumpur (27 Februari).

"Tiga perlawanan persahabatan ini amat penting untuk mengukur tahap fizikal dan mental semua pemain selepas agak lama tidak berlatih bersama.

"Selain kita perlu manfaatkan sepenuhnya tempoh latihan singkat diberikan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengukur kesefahaman dan kesesuaian corak permainan pasukan," kata Dr Johan Kamal Hamidon kepada SelangorKini hari ini.

Pada 9 Februari Menteri Kanan (Keselamatan) mengumumkan kebenaran kepada pasukan menjalankan latihan berpusat atau secara kuarantin sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kebenaran tersebut melibatkan sesi latihan pasukan Liga-M, Liga Hoki Malaysia (MHL) dan Liga Sepak Takraw (STL).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619