BERITA UTAMA

KKM kesan lima lagi kluster baharu Covid-19 di Selangor

15 Feb 2021, 11:42 AM
KKM kesan lima lagi kluster baharu Covid-19 di Selangor

SHAH ALAM, 15 FEB: Selangor melaporkan pertambahan lima kluster baharu Covid-19, empat daripadanya membabitkan tempat kerja dan satu kumpulan berisiko tinggi.

Ketua pengarah kesihatan berkata kluster Jalan Bursa melibatkan Petaling dan Klang dikesan positif bermula 4 Februari hasil saringan bersasar sebuah syarikat di Shah Alam.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan 22 daripada 66 individu disaring dalam kluster terbabit diuji positif wabak setakat ini.

"Kluster kedua iaitu kluster Jalan Kepong dilapor positif bermula 7 Februari hasil saringan bersasar sebuah kilang di Ijok, Kuala Selangor.

"Sejumlah 150 individu disaring dalam kluster ini dan 23 positif," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes kluster Jalan Tiga Belas pula melibatkan Petaling dan Kuala Selangor yang dikesan positif bermula 30 Januari.

Menurutnya, kes tersebut dikesan hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan 13/6, Petaling Jaya dengan 11 daripada 120 individu disaring positif setakat ini.

"Kes kluster Jalan Tropicana dikenal pasti hasil saringan bersasar sebuah pasar raya di Jalan Mutiara Tropicana, Petaling Jaya dan 25 individu positif.

"Kes indeks kluster Jalan Cheras dilapor positif pada 15 Februari hasil saringan individu bergejala melibatkan pusat jagaan di Kajang," katanya.

Perincian lapan kluster lain dalam negara:

1. Kluster Jalan Senai Utama - Kluster melibatkan Kulai di Johor

2. Kluster Jalan Jinjang - Kluster melibatkan Kepong di Kuala Lumpur

3. Kluster Tapak Bina Persiaran Mutiara - Kluster melibatkan Timur Laut di Pulau Pinang

4. Kluster Jalan Baru - Kluster melibatkan Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara di Pulau Pinang

5. Kluster Guntong Dalam - Kluster melibatkan Setiu dan Besut di Terengganu

6. Kluster Pengkalan Teras - Kluster melibatkan Besut di Terengganu

7. Kluster Teknologi Lot Enam - Kluster melibatkan Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah di Melaka

8. Kluster Tembok Tapah - Kluster melibatkan Batang Padang di Perak

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619