PBT

Bayar bil MBSJ guna e-dompet di stesen minyak

14 Feb 2021, 1:01 AM
Bayar bil MBSJ guna e-dompet di stesen minyak

SHAH ALAM, 14 FEB: Orang ramai kini boleh membayar bil Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menerusi aplikasi e-dompet iaitu Touch 'n Go dan Zapp.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat Dan Pengurusan Strategiknya berkata bayaran itu membabitkan cukai taksiran, sewaan majlis dan bil air bagi gerai milik MBSJ.

Menurut Azfarizal Abdul Rashid, transaksi boleh dilakukan di stesen minyak iaitu Shell, Petron dan Petronas serta kedai MyNews.

"Perkhidmatan ini adalah inisiatif MBSJ untuk memudahkan pelanggan tanpa perlu menunggu di kaunter, urusan boleh dilakukan di mana-mana sahaja menggunakan peranti elektronik.

"Keutamaan MBSJ juga adalah untuk memperkasakan perkhidmatan secara dalam talian sekali gus memudahkan urusan pelanggan," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619