SELANGOR

3,000 individu di pusat penilaian Covid-19 Stadium Jugra disaring

13 Feb 2021, 4:49 AM
3,000 individu di pusat penilaian Covid-19  Stadium Jugra disaring

SHAH ALAM, 13 FEB: Kira-kira 3,000 individu dengan majoritinya warga tempatan disaring di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Jugra, Banting sejak beroperasi 12 Januari lalu.

Pegawai Kesihatan Kuala Langat Dr Wan Ahmad Razman Wan Abd Salim berkata proses pengambilan sampel ujian calitan  dijalankan setiap hari kecuali Ahad dan cuti umum.

"Saringan hanya untuk janji temu yang diberi kepada kontak rapat pesakit dan kes positif hasil ujian pantas antigen (RTK-Ag) dijalankan di klinik swasta.

"Setiap hari, sebanyak 120 saringan dilakukan daripada jam 9 pagi hingga 12 tengah hari dan jumlah ini konsisten kerana mengikut kuota," katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata pusat itu diwujudkan bagi menampung keperluan peningkatan jumlah saringan selain langkah penambahbaikan ujian calitan yang lebih sistematik dan berpusat.

Menurutnya, orang awam juga boleh mengambil surat perintah pengawasan dan pemerhatian kontak rapat, surat pelepasan (Annex 17) selain mengambil serta memotong gelang kuarantin.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619