AGENDA

MB tinjau CAC dilanda ribut, kerja baik pulih giat dibuat

7 Ogos 2021, 11:13 AM
MB tinjau CAC dilanda ribut, kerja baik pulih giat dibuat
MB tinjau CAC dilanda ribut, kerja baik pulih giat dibuat

SHAH ALAM, 7 OGOS: Tiada individu dilaporkan cedera dalam insiden runtuhan khemah di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Dewan Serbaguna Pelabuhan Klang akibat ribut kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ketika ini kerja membaik pulih kerosakan khemah di pusat penilaian terbabit giat dilaksanakan.

“Alhamdulillah, tiada kecederaan dan kemalangan melibatkan para petugas serta pengunjung dicatatkan.

“Kerja-kerja pembaikan sedang dilaksanakan segera bagi memastikan CAC tersebut dapat dibuka semula untuk orang awam,” tulis Amirudin di Facebook rasminya.

[caption id="attachment_482571" align="alignleft" width="500"] Insiden runtuhan khemah di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Dewan Serbaguna Pelabuhan Klang dilanda ribut pada 7 OGOS 2021. Foto Facebook Amirudin Shari[/caption]

Terdahulu, beliau bersama wakil rakyat Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri meninjau keadaan di lokasi sebaik menerima maklumat berhubung insiden terbabit.

CAC Dewan Serbaguna Pelabuhan Klang memulakan operasi pada 30 Julai lalu selepas dipindahkan dari Dewan Sukan Taman Sri Andalas susulan bantahan penduduk setempat.

CAC ditubuhkan Kementerian Kesihatan (KKM) pada akhir Januari lalu bagi menilai pesakit sama ada kekal dikuarantin di rumah atau perlu dibawa ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19. Jika perlu rawatan lanjut, pesakit dirujuk ke hospital.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619