BERITA UTAMA

Pelajar B40 Sungai Buloh terima tajaan ulang kaji percuma dalam talian

11 Feb 2021, 2:38 PM
Pelajar B40 Sungai Buloh terima tajaan ulang kaji percuma dalam talian

KOTA DAMANSARA, 11 FEB: Pelajar dari keluarga berpendapatan rendah (B40) di Parlimen Sungai Buloh menerima tajaan penggunaan aplikasi ulang kaji Osem selama 12 bulan.

Wakil rakyatnya R Sivarasa berkata pihaknya menyasarkan seramai 5,000 calon peperiksaan dari seluruh sekolah kawasan terbabit menerima manfaat aplikasi percuma itu tidak lama lagi.

"Setakat ini seramai 1,422 pelajar daripada enam sekolah rendah dan tujuh sekolah menengah telah terima manfaat tersebut.

"Kita sambut baik tajaan dari pihak Osem kerana sudi membantu pelajar yang kurang berkemampuan. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu calon ini menghadapi peperiksaan tidak lama lagi," katanya pada majlis Pelancaran Aplikasi Osem di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh hari ini.

Sivarasa berkata bantuan itu tepat pada masanya memandangkan sekolah masih ditutup sekali gus dapat membantu mereka belajar secara dalam talian.

Tajaan aplikasi Osem di kawasan itu dikhususkan kepada pelajar yang bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Aplikasi berkenaan turut menawarkan kira-kira 2,000 soalan setiap minggu yang disediakan oleh lebih 17,000 guru seluruh Malaysia.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619