BERITA UTAMA

Projek naik taraf longkang atasi isu banjir kilat 20 tahun di Pandan Indah

9 Feb 2021, 4:32 AM
Projek naik taraf longkang atasi isu banjir kilat 20 tahun di Pandan Indah

SHAH ALAM, 9 FEB: Masalah banjir kilat yang berlaku hampir 20 tahun di Taman Kencana, Pandan Indah dapat diatasi selepas longkang sepanjang satu kilometer berjaya dinaik taraf.

EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Ir Izham Hashim berkata projek pembesaran longkang bernilai RM1.2 juta yang bermula sejak tahun lalu siap sepenuhnya pada Januari.

"Semoga dengan siapnya longkang ini akan dapat selesaikan masalah banjir seterusnya memberi kelegaan kepada penduduk Pandan Indah khususnya sekitar Taman Kencana.

"Terima kasih kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) yang memberi kerjasama yang baik bermula dari awal perbincangan sehinggalah projek ini siap sepenuhnya," katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Beliau menambah projek naik taraf itu bermula dari Kampung Cheras Baru sehingga ke Jalan Bunga Raya, Taman Kencana, Pandan Indah.

Pada 22 November lalu, Izham mengarah JKR dan MPAJ mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah banjir kilat di Kampung Pandan.

Ia susulan hasil tinjauan mendapati longkang dan parit di kawasan kejadian banjir tidak dapat menampung jumlan air hujan yang terlalu banyak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619