EXCO

ADN Batu Tiga serah kerusi roda, bantu penduduk kurang upaya

7 Feb 2021, 6:11 AM
ADN Batu Tiga serah kerusi roda, bantu penduduk kurang upaya

SHAH ALAM, 7 FEB: Wakil rakyat Batu Tiga baru-baru ini menyumbang empat kerusi roda kepada penduduk sekitar kawasan itu yang berdepan masalah kesihatan.

Rodziah Ismail berkata bantuan tersebut bagi memudahkan pergerakan mereka berikutan ada yang kehilangan kaki dan tidak lagi mampu berjalan.

"Simpati melihat keadaan mereka, justeru kita bersetuju untuk sumbang peralatan ini dan sedikit bantuan kewangan bagi meringankan beban," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, inisiatif itu akan terus dilaksana bagi memastikan kebajikan penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga terus terbela.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619