BERITA UTAMA

Sungai Langat hampir tercemar, tindakan pantas halang LRA dihenti tugas

3 Feb 2021, 4:57 AM
Sungai Langat hampir tercemar, tindakan pantas halang LRA dihenti tugas
Sungai Langat hampir tercemar, tindakan pantas halang LRA dihenti tugas

KAJANG, 3 FEB: Tindakan pantas agensi penguatkuasa serta pihak berkuasa tempatan (PBT) berjaya mengekang henti tugas loji rawatan air (LRA) susulan penemuan 19 tong berisi 165 liter cecair kimia di tanah rizab sungai di Jalan Reko, dekat sini, kira-kira 10 meter dari Sungai Langat, semalam.

EXCO alam sekitar berkata cecair seakan bahan pelarut dan penipis cat ditemui kakitangan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) selepas menerima aduan orang awam terletak 13 kilometer (km) dari Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih 2 dan 24 km dari LRA Bukit Tampoi.

“Siasatan dilakukan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) di lokasi mendapati tumpahan cecair terbabit tidak mengalir masuk ke laluan Sungai Langat.

[caption id="attachment_459528" align="aligncenter" width="730"] Pengambilan sampel dilakukan petugas Jabatan Alam Sekitar (JAS) di kawasan pembuangan bahan kimia di rizab Sungai Langat yang terletak di Taman Seri Reko, Kajang pada 3 Februari 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI[/caption]

“Susulan tindakan pantas yang diambil berjaya mengelakkan berlakunya henti tugas LRA. Bahan itu sepatutnya dilupuskan di kawasan ditetapkan selaras Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,” kata Hee Loy Sian pada sidang media selepas meninjau lokasi berkenaan.

Menurutnya, pihak yang membuang cecair terbabit sudah dikenal pasti namun siasatan lanjut dijalankan sebelum tindakan diambil.

“Jika bersalah hukuman berat akan dikenakan mengikut Enakmen LUAS (Pindaan) 2020, sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih tiga tahun dan denda tidak kurang RM200,000 dan tidak lebih RM2 juta.

“Pemberi maklumat akan diberikan ganjaran RM20,000 sekiranya pelaku ditahan dan dijatuhkan hukuman kerana mencemarkan sungai,” katanya.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619