BERITA UTAMA

EXCO: Selangor buka pasar tani secara berperingkat

31 Jan 2021, 6:46 AM
EXCO: Selangor buka pasar tani secara berperingkat
EXCO: Selangor buka pasar tani secara berperingkat

SHAH ALAM, 31 JAN: Sebanyak 22 daripada 48 pasar tani di Selangor sudah beroperasi setakat ini, kata EXCO pertanian dan asas tani.

Ir Izham Hashim berkata pembukaan semula baki pasar tani dilakukan secara berperingkat bergantung keadaan terkini penularan Covid-19 di kawasan terbabit.

"Kerajaan Negeri dengar rintihan ramai peniaga yang terjejas pendapatan, mereka minta buka semua pasar tani. Jadi kita bersetuju lebih banyak pasar tani akan dibuka.

[caption id="attachment_459179" align="aligncenter" width="705"] Ir Izham Hashim (kiri) melihat anggota RELA melakukan saringan suhu badan sebelum dibenarkan memasuki kawasan pasar tani Seksyen 13, Shah Alam ketika beliau meninjau pematuhan tatacara pengendalian piawai pada 31 Januari 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI[/caption]

"Cuma peringatan kepada peniaga dan pengunjung untuk patuh tatacara operasi piawai (SOP) serta kekalkan disiplin demi kebaikan kita bersama," katanya selepas meninjau pasar tani di pekarangan Stadium Shah Alam hari ini.

Izham berharap berharap hasil jualan mencecah lebih RM50 juta apabila semua pasar tani di seluruh negeri dibuka sepenuhnya.

Pada 12 Januari, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pasar harian dan pasar tani masih boleh beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun waktu operasi hanya dari jam 7 pagi hingga 2 petang manakala pasar borong dari 12.01 tengah malam hingga 6 pagi dan 11 pagi hingga 4 petang.

Pada 17 Januari Majlis Perbandaran Klang (MPK) menunda pembukaan pasar pagi dan tani di bawah pentadbirannya susulan peningkatan kes Covid-19.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619