BERITA UTAMA

PBT disaran didik usahawan wanita ke arah digital

30 Jan 2021, 9:00 AM
PBT disaran didik usahawan wanita ke arah digital

SHAH ALAM, 30 JAN: Pihak berkuasa tempatan (PBT) disaran menggerakkan peniaga terutama golongan wanita ke arah pendigitalan.

EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail berkata masih ramai golongan itu belum bersedia mengadaptasi arus teknologi dalam perniagaan dan mereka perlu dilatih.

"Cabaran kita adalah untuk ketuk minda wanita ini agar tidak fobia ke arah digital selaras perkembangan pantas teknologi masa kini.

"Justeru, PBT perlu didik dengan langkah permulaan wujudkan kod QR di tempat perniagaan dan e-dompet yang boleh pelanggan melakukan transaksi dalam talian," katanya pada program bual bicara di Facebook malam tadi.

Beliau menjelaskan pelbagai inisiatif disedia Kerajaan Negeri demi membantu wanita memajukan diri termasuk Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI) dan Selangor e-Dapur.

NaDI diperluas untuk usahawan wanita yang boleh dipohon tanpa perlu mempunyai premis dan lesen Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan peruntukan awal sebanyak RM10 juta.

Kerajaan Negeri menyasarkan seramai 3,000 peniaga boleh terus berniaga dengan lesen penjaja sementara daripada PBT dengan manfaat tambahan pelan pinjaman minimum RM1,000 dan maksimum RM3,000.

Manakala Selangor e-Dapur dilaksanakan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) dalam masa terdekat bagi membantu 1,000 penjaja makanan dan minuman untuk berniaga secara dalam talian.

Dengan peruntukan RM10 juta, peserta yang memohon akan mendapat skim pinjaman mikrokredit untuk menampung kos operasi dan mengadaptasi perniagaan ke platform e-dagang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619