BERITA UTAMA

Projek fasa satu atasi pencemaran air siap sebelum hujung tahun

26 Jan 2021, 3:19 AM
Projek fasa satu atasi pencemaran air siap sebelum hujung tahun

SHAH ALAM, 26 JAN: Projek rawatan air Sungai Gong di Rawang bagi menyelesaikan isu gangguan bekalan air mentah akibat pencemaran dijangka siap sebelum akhir tahun ini.

EXCO infrastruktur dan kemudahan awam berkata projek yang mencapai tahap lima peratus turut meliputi pembesaran kolam prarawatan air dan kolam takungan banjir.

Ir Izham Hashim menjelaskan kerja yang menelan kos RM200 juta, sebahagian daripada Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) fasa pertama yang diumumkan dalam Belanjawan Negeri 2021.

"Apabila selesai semua projek SJAM fasa pertama awal tahun depan, maka masalah gangguan bekalan air penduduk Selangor disebabkan pencemaran dapat diatasi," tulisnya di Facebook.

Beliau berkata projek pengalihan air Sungai Selangor dan Sungai Semenyih pula dalam proses tender dengan pembinaannya bermula Mac ini.

Sementara itu, Ir Izham memaklumkan pembinaan stesen statik pemantauan kualiti air Lembaga Urus Air Selangor di Sungai Sembah siap 90 peratus.

"Stesen ini berperanan memantau pencemaran sungai sebelum air tercemar itu tiba di Loji Rawatan Air Sungai Selangor," katanya lagi.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619