BERITA UTAMA

RM1.5 juta rancak sektor bekalan makanan, bantu golongan terjejas

25 Jan 2021, 3:30 AM
RM1.5 juta rancak sektor bekalan makanan, bantu golongan terjejas

SHAH ALAM, 25 JAN: Kerajaan Negeri memperuntuk sejumlah RM1.5 juta untuk merancakkan sektor bekalan makanan yang terjejas akibat Covid-19, kata EXCO pertanian.

Ir Izham Hashim berkata insentif baucar petrol diberikan kepada nelayan, barangan pertanian (petani), makanan haiwan (pengusaha ternakan) dan bahan mentah (industri asas tani) dalam tempoh terdekat.

"Usaha ini diharap meringankan beban golongan tersebut selain memberi galakan untuk mereka terus berusaha meningkatkan hasil dan pendapatan.

"Kerajaan Negeri akan membantu golongan terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berterusan dan menyeluruh," katanya kepada SelangorKini semalam.

Pada 20 Januari lalu, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan sejumlah RM2 juta untuk membantu meringankan beban golongan tersebut.

Selain baucar petrol, barangan pertanian, makanan ternakan dan bahan mentah, sejumlah RM500,000 turut disalurkan untuk program bakul makanan kepada 7,000 individu dalam sektor tersebut.

Inisiatif tersebut antara yang terkandung dalam Pakej Kita Selangor bagi meringankan beban rakyat untuk mendepani PKP 2.0.

Pelan dengan implikasi kewangan berjumlah RM73.877 juta bagi menggiatkan usaha memerangi Covid-19 dan merangsang ekonomi negeri termasuk pemberian bantuan kepada golongan terjejas.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619