AGENSI

Insiden tanah mendap di Kuala Selangor, kampus Unisel selamat

19 Jan 2021, 3:35 AM
Insiden tanah mendap di Kuala Selangor, kampus Unisel selamat

SHAH ALAM, 19 JAN: Kampus utama Universiti Selangor (Unisel) di Bestari Jaya dalam keadaan selamat selepas kejadian tanah mendap berhampiran lombong di Kuala Selangor pada Sabtu lalu.

Pengarah komunikasi korporat universiti berkata jarak kawasan kejadian dengan kampus utama sejauh kira-kira sembilan kilometer serta mengambil masa 30 minit perjalanan.

"Ini kerana ada beberapa laporan media tempatan yang mengaitkan kawasan kejadian mendapan tanah di Kampung Bestari Jaya berdekatan kampus utama Unisel di Bestari Jaya.

"Justeru, penjelasan ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang jarak sebenar lokasi kejadian," kata Hasril Abu Hassan dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau pihak universiti berharap proses pemantauan di tapak kejadian oleh pihak berkuasa berjalan lancar dan semua pihak mengambil dapat ikhtibar.

Sabtu lalu, dilaporkan berlaku insiden tanah menggelongsor masuk ke tapak operasi lombong di mukim Hulu Tinggi, Kuala Selangor.

Jabatan Perhubungan Korporat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) berkata pasukan khas ditubuhkan dan kini sedang bekerjasama dengan pihak berkaitan bagi menyiasat punca kejadian.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619