AGENSI

Tanaman jagung di Kuala Langat bermula Julai, lagi 200 ekar di Bestari Jaya

22 Jun 2023, 12:00 PM
Tanaman jagung di Kuala Langat bermula Julai, lagi 200 ekar di Bestari Jaya
Tanaman jagung di Kuala Langat bermula Julai, lagi 200 ekar di Bestari Jaya

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 22 JUN: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) mula menanam jagung bijirin secara berperingkat di tanah seluas 200 ekar di Sungai Kelambu, Kuala Langat Selatan bulan depan.

Ketua pegawai eksekutifnya berkata projek di bawah Program Inisiatif Sekuriti Makanan itu tergendala sebelum ini kerana beberapa masalah teknikal selain tanah dinaiki air akibat banjir.

"Selain di Sungai Kelambu, PKPS juga menambah satu lagi kawasan baharu untuk projek sama di tanah seluas 200 ekar bersebelahan Selangor Fruit Valley (SFV) di Bestari Jaya yang akan dimulakan tahun depan," kata Dr Mohamad Khairil Mohd Razi ketika dihubungi.

[caption id="attachment_577156" align="alignleft" width="346"] Ketua Pegawai Eksekutif PKPS Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi [/caption]

Tambah beliau, kawasan tanaman seluas 300 ekar di Gemas, Negeri Sembilan pula masih belum dimulakan ekoran beberapa isu teknikal yang masih belum selesai.

Pada 18 Mei tahun lalu, Kerajaan Negeri melalui PKPS menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan Negeri Sembilan bagi melaksanakan projek tanaman jagung bijirin.

Secara keseluruhan, projek di Kuala Langat dan Negeri Sembilan yang menelan kos RM3 juta yang dijangka mampu mengurangkan kebergantungan bekalan import makanan ayam dan ruminan di Selangor.

Satu lagi projek tanaman jagung bijirin yang diusahakan di atas tanah seluas 300 ekar di Mergong, Kedah telah membuahkan hasil dan mula diproses menjadi makanan ayam pada Januari tahun ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619