AGENDA

Hospital swasta setuju rawat pesakit Covid-19 - PM

18 Jan 2021, 10:22 AM
Hospital swasta setuju rawat pesakit Covid-19 - PM

SHAH ALAM, 18 JAN: Hospital swasta bersetuju menerima pesakit Covid-19 bagi menampung peningkatan kes positif, kata perdana menteri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata persetujuan tersebut hasil semangat kerjasama dengan matlamat meringankan tekanan kepada sistem kesihatan awam negara.

"Justeru kerajaan bersetuju memperuntukkan RM100 juta bagi menjayakan matlamat ini," katanya pada pengumuman khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata kerajaan turut menambah lebih 3,500 kakitangan kesihatan yang bakal bertugas hujung bulan ini melibatkan peruntukan RM150 juta.

"Petugas kesihatan ini terdiri penolong pegawai perubatan, paramedik, juru teknologi makmal dan jururawat. Saya memberi jaminan sekiranya terdapat keperluan akan datang, kerajaan bersedia membuat pengambilan baharu," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619