AGENDA

Niat bekerja kerana Allah, dipermudahkan segalanya - Dr Noor Hisham

18 Jan 2021, 7:52 AM
Niat bekerja kerana Allah, dipermudahkan segalanya - Dr Noor Hisham

SHAH ALAM, 17 JAN: Memahami penat lelah terpaksa dilalui anggota kesihatan di seluruh negara, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah tampil memberi kata-kata semangat.

"Saya menyeru kepada semua petugas barisan hadapan iaitu sebelum memulakan tugas kita seharian, pastikan kita pasangkan niat dan nawaitu berkhidmat kerana Allah SWT.

"InsyaAllah akan dipermudahkan segala beban kerja dan selepas kita berusaha bersungguh-sungguh marilah bertawakal kembali kepada Allah. Ajal maut ditentukan oleh-Nya," tulis ketua pengarah kesihatan menerusi Facebook.

Pada 11 Januari lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyifatkan petugas kesihatan negara dalam keadaan penat.

Malah fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) sudah tidak mampu untuk menampung peningkatan sehingga 2,000 kes baharu Covid-19 setiap hari.

Semalam negara merekodkan kes harian tertinggi Covid-19 iaitu 4,029 kes. Sehingga hari ini sebanyak 601 kematian dicatat sementara kes aktif dengan kebolehjangkitan 37,782.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619