AGENDA

Ahmad Shapawi: Lima pegawai MSN positif Covid-19

7 Jan 2021, 3:56 PM
Ahmad Shapawi: Lima pegawai MSN positif Covid-19

KUALA LUMPUR, 7 JAN: Lima pegawai Majlis Sukan Negara (MSN) disahkan positif Covid-19, kata Ketua Pengarahnya Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Beliau berkata mereka antara 75 pegawai dan ahli MSN yang menjalani ujian saringan pada Selasa setelah tujuh atlet dan seorang pegawai sukan dikesan positif semasa proses pendaftaran semula atlet baru-baru ini.

“Tiga daripada mereka terlibat semasa proses pengendalian pendaftaran atlet berkenaan dan dua lagi berkemungkinan mendapat jangkitan dari luar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Shapawi berkata kesemua yang disahkan positif tersebut sedang menjalani kuarantin diri di rumah masing-masing dan menunggu tindakan selanjutnya daripada pihak Kementerian Kesihatan.

"Pihak MSN juga telah mengarahkan pegawai (PUS) yang berkemungkinan mempunyai kontak rapat dengan pegawai yang telah disahkan positif agar menjalani kuarantin di rumah masing-masing selama 10 hari dan akan menjalani ujian saringan pada hari kesembilan untuk pengesahan bebas dari jangkitan,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619