BERITA UTAMA

Putrajaya digesa wujud ‘laluan hijau’ galak kemasukan pelancong asing

5 Jan 2021, 12:46 AM
Putrajaya digesa wujud ‘laluan hijau’ galak kemasukan pelancong asing

SHAH ALAM, 5 JAN: Kerajaan digesa mewujudkan ‘laluan hijau’ bagi menggalak kemasukan pelancong asing selepas vaksin Covid-19 tiba di negara ini pada Februari depan.

EXCO Pelancongan Hee Loy Sian berkata langkah membuka sempadan antarabangsa perlu dibincangkan secara serius tanpa menunggu negara mencapai sifar kes positif wabak.

“Kerajaan harus berbincang dengan negara lain seperti Singapura, Brunei atau Taiwan yang menunjukkan penurunan kes Covid-19. Pelancong boleh gunakan laluan khas untuk masuk ke negara ini dan sebaliknya.

“Apabila rakyat disuntik vaksin, mereka perlu buka ruang kepada pelancong asing kerana itulah harapan untuk merancakkan semula industri pelancongan selepas hampir setahun menunggu,” katanya pada program 'Bual Bicara Terbelakah Nasib Pengusaha Pelancongan' malam tadi.

Loy Sian juga menyeru suntikan vaksin percuma kepada rakyat disegerakan supaya krisis pandemik boleh ditamatkan sepenuhnya selewat-lewatanya hujung tahun depan.

“Kerajaan memerlukan RM3 bilion untuk memberi suntikan vaksin percuma kepada rakyat tetapi setakat 80 peratus sahaja manakala bakinya masih belum dikenal pasti jenis vaksin yang akan digunakan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619