BERITA UTAMA

Masyarakat diseru manfaat Saringan Komuniti, halang Covid-19 merebak

4 Jan 2021, 5:45 AM
Masyarakat diseru manfaat Saringan Komuniti, halang Covid-19 merebak

SHAH ALAM, 4 JAN: Kerajaan Negeri melancarkan Saringan Komuniti Covid-19 bertujuan untuk menghalang wabak merebak dengan lebih parah.

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud berkata masyarakat perlu mengambil peluang tersebut kerana program itu adalah percuma.

"Kerajaan Selangor giat buat saringan di komuniti sebab itu kes semakin meningkat. Misi kita adalah untuk memastikan virus ini tidak menular dan dapat dicegah awal," katanya menerusi rancangan bual bicara Piknik Keluarga Maya di Facebook semalam.

Menurutnya, orang ramai juga perlu memberi kerjasama kepada petugas kesihatan dengan memanfaatkan program berkenaan di kawasan mereka.

"Yang penting adalah kerjasama, kita perlu bersama memutuskan rantaian wabak ini, jangan panik terus patuhi tatacara operasi piawai (SOP)" tambahnya.

Selangor melancarkan Saringan Komuniti Covid-19 sejak 12 April lalu bermula di Hulu Langat. Terdapat dua pelaksanaan iaitu pandu lalu dan pemeriksaan ke kawasan komuniti.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619