BERITA UTAMA

MB, keluarga pilih Kuala Selangor sebagai destinasi bercuti

30 Dis 2020, 4:07 AM
MB, keluarga pilih Kuala Selangor sebagai destinasi bercuti
MB, keluarga pilih Kuala Selangor sebagai destinasi bercuti
MB, keluarga pilih Kuala Selangor sebagai destinasi bercuti

SHAH ALAM, 30 DIS: Dato' Menteri Besar menyahut seruan kempen Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu! apabila memilih Kuala Selangor sebagai destinasi percutian bersama keluarga.

Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) berkata pemimpin nombor satu negeri itu berkesempatan meneroka lokasi paling popular di daerah berkenaan iaitu Sky Mirror.

Selain itu, turut dilawati ialah Bukit Malawati, Makam Diraja, Santuari Kelip-kelip, memandu go kart di Litar Lumba Rakyat Kuala Selangor serta memancing udang galah di Kampung Kuantan.

"Selain dari mengunjungi kawasan tarikan pelancongan, Dato' Seri Amirudin Shari sekeluarga juga tidak melepaskan peluang menikmati keunikan makanan tempatan.

[caption id="attachment_455139" align="aligncenter" width="731"] Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari bersama keluarga ketika memancing udang galah di Kampung Kuantan. Foto Facebook MDKS[/caption]

"Ia termasuk Cendol Borhan, ketupat Permatang, nasi ambeng di Warung Ibu serta masakan hasil laut di Pasir Penambang dan Jeram," katanya dalam kenyataan di Facebook.

MDKS turut berbangga dan gembira apabila Dato' Menteri Besar memilih Kuala Selangor sebagai destinasi pilihan.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato' Seri Amirudin Shari, Datin Seri Masdiana Muhamad dan anak-anak kerana memilih Kuala Selangor sebagai destinasi percutian sekeluarga," katanya.

[caption id="attachment_455146" align="aligncenter" width="703"] MDKS turut berbangga dan gembira apabila Dato’ Menteri Besar memilih Kuala Selangor sebagai destinasi pilihan. Foto: Facebook MDKS[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619