AGENDA

Anwar: Kartel daging tindakan paling hina, tidak boleh dimaafkan

29 Dis 2020, 8:58 AM
Anwar: Kartel daging tindakan paling hina, tidak boleh dimaafkan

SHAH ALAM, 29 DIS: Isu kartel penyeludupan dan pengedaran daging import haram yang berlaku di negara ini disifatkan tindakan paling hina dan keji.

Presiden Parti Keadilan Rakyat menegaskan dalang di sebalik kes tersebut tidak wajar dimaafkan kerana melibatkan soal halal dan menceroboh darah daging umat Islam.

"Ini bukan hanya tanggungjawab Kementerian Pertanian malah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia juga perlu bertanggungjawab kerana mereka keluarkan cop halal," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui di sini.

"Saya rasa tidak wajar umat Islam maafkan perkara ini. Harus ada tekad politik untuk segera memberi jawapan dan hukum pihak yang memperalatkan agama di samping meracuni rakyat."

Pada 21 Disember, media melaporkan kegiatan kartel menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina, sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo halal di sebuah gudang di Senai, Johor.

Kartel tersebut dikatakan bersubahat dengan beberapa pegawai dalam agensi kerajaan untuk membawa masuk antaranya daging kangaru dan kuda.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu dipercayai berlarutan lebih 40 tahun lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619