BERITA UTAMA

Covid-19: 392 kes baharu di Selangor, 322 pesakit sembuh

27 Dis 2020, 10:52 AM
Covid-19: 392 kes baharu di Selangor, 322 pesakit sembuh

SHAH ALAM, 27 DIS: Kes baharu Covid-19 di Selangor menurun kepada 392 jangkitan berbanding 710 yang direkodkan semalam, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata negeri itu mencatat kes harian tertinggi iaitu 32.8 peratus daripada keseluruhan jangkitan dalam negara.

"Sebanyak 237 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

"Dua kes import mendapat jangkitan dari luar negara dan 153 jangkitan daripada lain-lain saringan Covid-19," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) berkata dua kes import di Hulu Selangor membabitkan individu yang baharu pulang dari India.

Menurut jabatan, bilangan pesakit pulih bertambah kepada 322 menjadikan keseluruhan sembuh 18,904.

"Kes kematian kekal 39 orang dan jangkitan aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 10,329," katanya di Facebook.

Hari ini, kes positif dalam negara kekal empat angka namun menurun berbanding semalam apabila merekodkan 1,196 jangkitan menjadikan keseluruhan 105,096 dan satu kematian.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619