BERITA UTAMA

Bas Smart Selangor MPKj guna sistem 'Scan to Ride' bermula Januari 2021

26 Dis 2020, 1:28 AM
Bas Smart Selangor MPKj guna sistem 'Scan to Ride' bermula Januari 2021
Bas Smart Selangor MPKj guna sistem 'Scan to Ride' bermula Januari 2021

SHAH ALAM, 26 DIS: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mula menggunakan sistem 'Scan to Ride' bagi kesemua perkhidmatan Bas Smart Selangor bermula 1 Januari ini.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan sistem berkenaan boleh didapati menerusi aplikasi Citizen E-Payment Platform (CEPat) yang boleh dimuat turun melalui Playstore dan AppStore.

"Scan to Ride dilaksanakan di kesemua bas Smart Selangor, untuk menggunakannya, pengguna perlu mengimbas kod QR Smart Selangor pada pintu bas.

"Pengguna bukan warganegara akan dikenakan caj sebanyak 90 sen pada tarikh yang akan diumumkan kelak. Sementara buat rakyat tempatan, perkhidmatan ini masih kekal percuma," kata MPKj menerusi Facebook.

Tambahnya lagi, pengguna tidak dibenarkan menaiki bas berkenaan sekiranya tidak mengimbas kod QR bermula Januari depan.

Aplikasi 'Scan to Ride' membolehkan pengguna membayar tambang melalui kad atau mengimbas kod QR.

Usaha itu selaras hasrat mewujudkan masyarakat Selangor tanpa tunai serta ke arah Negeri Pintar menjelang 2025.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619