AGENDA

Ismail Sabri: Aktiviti karaoke berbilik masih dilarang

24 Dis 2020, 11:07 AM
Ismail Sabri: Aktiviti karaoke berbilik masih dilarang

SHAH ALAM, 24 DIS: Hanya pusat hiburan keluarga termasuk karaoke berbilik di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibenarkan beroperasi setakat ini.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata aktiviti tersebut masih dilarang di negeri lain yang berada dalam kawasan PKP Bersyarat.

"Aktiviti karaoke keluarga hanya dibenarkan di kawasan zon hijau yang berada dalam tempoh PKPP," katanya pada sidang media di ibu negara hari ini.

Kenyataan itu bagi mengulas keputusan Kerajaan Sarawak yang membenarkan pusat karaoke berbilik kembali beroperasi bermula semalam.

Keputusan itu dibuat selepas Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak memperhalusi garis panduan pembukaan premis karaoke di kompleks beli-belah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619