AGENDA

Kes baharu Covid-19 naik kepada 2,062, pesakit sembuh 911

22 Dis 2020, 10:41 AM
Kes baharu Covid-19 naik kepada 2,062, pesakit sembuh 911
Kes baharu Covid-19 naik kepada 2,062, pesakit sembuh 911
Kes baharu Covid-19 naik kepada 2,062, pesakit sembuh 911

SHAH ALAM, 22 DIS: Kes baharu Covid-19 terus kekal empat angka apabila sebanyak 2,062 kes direkodkan hari ini berbanding 2,018 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan di seluruh negara 97,389.

Ketua pengarah kesihatan berkata seramai 911 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah pulih daripada wabak itu 79,304.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 17,646 kes.

"Sehingga kini, terdapat 111 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 51 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada kenyataan media.

Beliau berkata terdapat pertambahan satu kematian Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 439.

Dr Noor Hisham berkata Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu 1,014 kes diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 504 kes dan Sabah sebanyak 252 kes.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619