AGENDA

Kes harian turun paras 4,000, 14 kluster baharu dikesan

30 Jan 2022, 12:39 PM
Kes harian turun paras 4,000, 14 kluster baharu dikesan

KUALA LUMPUR, 30 JAN: Jumlah kes baharu harian Covid-19 dalam negara menurun kepada 4,915 kes hari ini, selepas mencatatkan angka melepasi 5,000 untuk tiga hari berturut-turut, menjadikan jumlah kumulatif 2,865,984 kes setakat 12 tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu itu, 39 kes adalah kategori tiga, empat dan lima manakala bakinya kategori satu dan dua.

"Daripada 4,915 kes itu, sebanyak 188 adalah kes import dan 4,727 kes tempatan, manakala yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 120 kes dan 65 kes memerlukan bantuan pernafasan," menurutnya dalam kenyataan harian situasi semasa jangkitan Covid-19 hari ini.

Beliau berkata sebanyak 3,056 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif sembuh setakat ini ialah 2,780,771 orang.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak 14 kluster baharu direkodkan dengan 301 kluster masih aktif setakat ini.

Mengenai kadar kebolehjangkitan (Rt), beliau berkata Rt negara berada pada paras 1.14 dengan Negeri Sembilan dan Putrajaya masing-masing merekodkan nilai Rt tertinggi iaitu 1.20 setakat semalam.

"Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam dan luar negara melalui maklumat yang diperoleh daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan," katanya.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619