AGENDA

Boleh dikompaun hanya pakai pelindung muka di tempat sesak

19 Dis 2020, 2:40 AM
Boleh dikompaun hanya pakai pelindung muka di tempat sesak

SHAH ALAM, 19 DIS: Individu yang memakai pelindung muka perlu mengenakannya bersama pelitup muka ketika berada di tempat sesak, kata menteri kanan keselamatan.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan kompaun kerana melanggar tatacara operasi piawai (SOP) pencegahan Covid-19.

Beliau menjelaskan Kementerian Kesihatan Malaysia belum membenarkan pelindung muka menggantikan pelitup muka kecuali kepada pelajar sekolah.

"Pemakaian pelitup muka masih diwajibkan, jadi bagi yang memakai pelindung muka perlu memakai pelitup muka di dalamnya.

"Pihak berkuasa boleh mengambil tindakan terhadap individu yang melanggar SOP," katanya dalam sidang media harian di sini semalam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619