BERITA UTAMA

Cadang wujud insentif sekali bayar bantu pengusaha bas sekolah

18 Dis 2020, 7:16 AM
Cadang wujud insentif sekali bayar bantu pengusaha bas sekolah

PUCHONG, 18 DIS: Kerajaan Negeri mempertimbang cadangan untuk memberi bantuan sekali bayar kepada pengusaha bas sekolah di Selangor yang terjejas susulan Covid-19.

EXCO pengangkutan berkata penutupan sekolah susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac menyebabkan golongan tersebut hilang pendapatan.

"Hari ini saya berjumpa dengan pemandu bas sekolah untuk mendengar rintihan mereka yang mengharapkan bantuan bagi meringankan beban.

"Saya memahami kesusahan mereka dan perkara ini akan dimaklumkan kepada Dato' Menteri Besar dalam mesyuarat EXCO," kata Ng Sze Han pada program sumbangan makanan asas di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kinrara hari ini.

Beliau turut berharap semua wakil rakyat mengambil inisiatif membantu pengusaha bas sekolah yang terkesan di kawasan masing-masing.

Sesi persekolahan ditutup susulan PKP bermula 18 hingga 31 Mac dan dibuka semula secara berperingkat pada 15 Julai.

Peningkatan kes Covid-19 menyebabkan sekolah seluruh negara kembali ditutup bermula 9 November hingga hari terakhir persekolahan tahun ini dan akan dibuka semula pada 20 Januari 2021.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619