AGENDA

Maybank, Petronas ungguli tangga teratas majikan siswazah terbaik 2020

18 Dis 2020, 1:07 AM
Maybank, Petronas ungguli tangga teratas majikan siswazah terbaik 2020

KUALA LUMPUR, 18 DIS: Maybank dan Petronas menduduki tangga teratas sebagai Majikan Siswazah Terbaik 2020 menerusi Anugerah 100 Majikan Siswazah Terbaik Malaysia.

Menerusi majlis yang dianjurkan secara maya semalam, 10 tempat teratas diungguli oleh Maybank di tempat pertama, Petronas di tempat kedua, diikuti oleh PwC, KPMG, EY, Bank Negara Malaysia, Air Asia, Intel Malaysia, Deloitte dan RHB Banking Group.

GTI Media selaku penganjur anugerah memaklumkan senarai itu adalah berdasarkan 26,654 jawapan kaji selidik mengenai majikan pilihan di Malaysia yang dikumpul daripada graduan.

"Berpusat di United Kingdom, senarai 100 Majikan Siswazah Terbaik Malaysia ini merupakan kaji selidik terbesar dan antara terawal dalam mengkaji kebolehpasaran siswazah di Malaysia," menurut GTI Media dalam kenyataan semalam.

Menurut kenyataan itu, tiga faktor utama responden memilih majikan terbaik adalah peluang bekerja di bawah pemimpin yang bagus, peluang untuk membangun dan mempertingkatkan kemahiran peribadi serta peluang meningkatkan kemahiran profesional.

Anugerah tahunan tersebut turut menyenaraikan pemenang majikan pilihan siswazah mengikut sektor melibatkan 20 sektor utama dan dua kategori istimewa, antaranya BMW Group bagi sektor automatif, Shopee (e-dagang), Sunway Education Group (pendidikan) dan Astro (Media dan Hiburan).

Senarai penuh boleh didapati menerusi https://bit.ly/M100AwardsPresentation2020 dan www.malaysias100.com.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619