AGENDA

Maybank: Perkhidmatan MAE, M2U MY alami gangguan

25 Jul 2022, 3:21 AM
Maybank: Perkhidmatan MAE, M2U MY alami gangguan

SHAH ALAM, 25 JULAI: Maybank memaklumkan berlaku gangguan pada perkhidmatan perbankan mudah alih  MAE dan M2U MY pagi ini.

Syarikat itu menerusi Facebook berkata perkhidmatan bagaimanapun masih boleh diteruskan menerusi web Mayabank2u.

"Kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan sedang berusaha untuk menyelesaikan gangguan itu secepat mungkin," katanya.

Menurut Maybank, gangguan perkhidmatan pagi itu berjaya diatasi kira-kira jam 2.20 petang tadi.

"Harap maklum bahawa semua perkhidmatan kami kembali seperti biasa pengguna boleh melakukan transaksi perbankan di seluruh platform kami.

"Kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku hari ini. Kami berterima kasih atas kesabaran dan sokongan anda yang berterusan," katanya.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619