AGENDA

Tourism Selangor lancar kempen Pusing Selangor Dulu

17 Dis 2020, 9:21 AM
Tourism Selangor lancar kempen Pusing Selangor Dulu

SHAH ALAM, 17 DIS: Tourism Selangor melancarkan kempen pelancongan domestik 'Pusing Selangor Dulu' untuk menggalak rakyat melancong ke negeri ini.

Kempen yang dirasmikan Dato' Menteri Besar turut memperkenalkan aktres Che Puan Juliana Evans sebagai duta pelancongan Selangor.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata pihaknya memfokuskan usaha menarik pengunjung domestik menerusi pelancongan eko, agro, sukan, taman tema dan beli-belah.

"Melalui keunikan jaringan sembilan daerah di Selangor, pelbagai pengalaman unik tersedia untuk pelancong," katanya.

Beliau turut berkongsi enam segmen yang menarik di negeri ini iaitu:

  • Alam semulajadi - Sky Mirror Kuala Selangor, Institut Kajian Hutan Malaysia (FRIM), Taman Alam Kuala Selangor, Taman Eko Rimba Kanching dan Bukit Broga.
  • Sukan ekstrem - Rakit redah jeram dan luncur udara di Kuala Kubu Bharu dan Gua Damai Ektreme Park
  • Inap desa dan agro - Sungai Haji Dorani Homestay, Sungai Sireh Homestay, Selangor Fruit Valley dan Banghuris Homestay.
  • Warisan dan budaya - Program Royal Klang Town Heritage Walk dan Istana Bandar, Bukit Malawati dan Jugra.
  • Taman tema - Sunway Lagoon, Kidzania, Bangi Wonderland, Jumpstreet Asia, i-City dan District 21.
  • Membeli-belah - Mitsui Outlet Park, Sunway Piramid, GM Klang, One Utama, The Curve dan SACC Mall.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619