BERITA UTAMA

Selangor negeri pertama wujudkan portfolio industri halal

14 Dis 2020, 11:53 PM
Selangor negeri pertama wujudkan portfolio industri halal

SHAH ALAM, 15 DIS: Selangor muncul negeri pertama mewujudkan bidang tugas khas berhubung aspek halal bagi memperkasa industri itu ke peringkat global.

EXCO industri halal berkata portfolio diperkenal Oktober lalu menghubungkan institusi syariah negeri ini sebagai pemegang polisi untuk menarik pelabur.

“Sebelum ini (industri halal) di bawah EXCO pelaburan tetapi kita mahu rangkai Majlis Agama Islam Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor sebagai pemegang dasar.

“Kita pernah dijemput ke persidangan antarabangsa dan baru-baru ini ke Kanada untuk berkongsi pengalaman mengenai halal," kata Mohd Zawawi Ahmad Mughni pada program bual bicara anjuran Media Selangor malam tadi.

Beliau yang memegang portfolio hal ehwal pengguna turut berazam mempergiatkan kempen kesedaran berhubung isu penipuan dalam talian yang menyebabkan kerugian wang.

Pada 7 Oktober, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan lima bidang tugas baharu iaitu pembudayaan inovasi & Smart Selangor, pengurusan bencana, pemberdayaan pekerja, perpaduan dan industri halal.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619