AGENDA

PKPD Asrama Top Glove tamat hari ini - menteri

14 Dis 2020, 11:38 AM
PKPD Asrama Top Glove tamat hari ini - menteri

SHAH ALAM, 14 DIS: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Asrama Top Glove, Klang yang bermula 17 November lalu kemudian dilanjutkan sehingga 14 Disember ditamatkan hari ini.

Datuk Seri Ismail Sabri berkata setelah 28 hari pelaksanaan PKPD di kawasan itu, Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati terdapat trend penurunan kes positif dilaporkan dan tiada lagi sampel saringan menunggu keputusan.

"Semua kes negatif juga menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) selama dua kali tempoh inkubasi Covid-19.

"Atas nasihat dan penilaian risiko KKM, sidang khas hari ini bersetuju menamatkan PKPD di Asrama Top Glove, Klang yang melibatkan asrama lelaki di Jalan Abadi 1A/KU8, asrama wanita di Jalan Abadi 1A/KU8 dan Jalan Abadi 10A/KU8 pada 14 Disember," kata menteri kanan (kluster keselamatan) dalam kenyataan media.

Beliau berkata KKM melaksanakan 5,805 saringan dan jumlah kumulatif kes positif adalah 4,305 kes.

"Sehingga kini, daripada 28 kilang ditutup, 14 kilang dibenarkan beroperasi semula selepas semua pekerja disaring dan kilang disanitasi, manakala baki 14 kilang lagi dibuka secara berperingkat.

"Pihak pengurusan Top Glove juga diarahkan mematuhi arahan berkaitan pengurusan wabak Covid-19 dalam kalangan pekerja selepas penamatan PKPD ini," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619