BERITA UTAMA

Selangor bantu golongan muda ceburi niaga e-panggilan

14 Dis 2020, 10:27 AM
Selangor bantu golongan muda ceburi niaga e-panggilan

SHAH ALAM, 14 DIS: Kerajaan Negeri bersedia memberi bantuan modal dan bimbingan kepada belia yang mahu membuka perniagaan e-panggilan.

EXCO pembangunan generasi muda berkata pihaknya menerima banyak pertanyaan dalam kalangan golongan tersebut yang minat menceburi sektor ekonomi sampingan.

"Mungkin ada kumpulan belia yang minat memulakan perniagaan, mereka boleh berpakat serta sediakan kertas cadangan, kemudian kita akan pertimbangan.

"Perkhidmatan e-panggilan dengan cara menjual perkhidmatan kepada orang lain sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa semakin berkembang, jadi orang muda wajar merebut peluang ini," katanya.

Mohd Khairuddin Othman ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Inisiatif RiDE kepada 100 peserta di Dataran Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini.

Pada 13 Oktober Dato' Menteri Besar menggalakkan anak muda berdikari menjana pendapatan dalam ekonomi sampingan yang semakin berkembang.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata Belanjawan Selangor 2021 memperuntuk sejumlah RM17.5 juta bagi menjayakan inisiatif WiFi dan Data Internet Selangor bagi menyokong ekonomi sampingan dan perniagaan dalam talian.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619