PBT

Medan Selera Seksyen 15 mula beroperasi, sedia banyak kemudahan

14 Dis 2020, 8:47 AM
Medan Selera Seksyen 15 mula beroperasi, sedia banyak kemudahan

SHAH ALAM, 14 DIS: Medan Selera @15B di Jalan Soket, Seksyen 15 yang kini berwajah baharu dibuka sepenuhnya kepada orang ramai bermula 7 Disember.

Datuk Bandar Shah Alam berkata gerai makanan yang menempatkan hampir 40 peniaga dilengkapi pelbagai kemudahan seperti surau, tandas dan tempat letak kereta.

Dato’ Haris Kasim menjangka lokasi itu bakal menjadi tumpuan ramai kerana berada pada kedudukan strategik berdekatan kilang dan kawasan industri.

"Usaha sebegini membuktikan komitmen Majlis Bandaraya Shah Alam membantu penjaja tepi jalan khususnya mendapatkan tempat perniagaan lebih baik," katanya selepas berkunjung ke lokasi itu hari ini.

Medan selera itu turut menempatkan kedai jahitan, kedai kek, kedai menjual barangan kering atau sejuk beku dan kedai produk biodegradasi.

Sementara itu, Haris memaklumkan sebanyak tiga medan selera sedang dibina di U10, U6 dan Seksyen 25 bagi menempatkan lebih ramai penjaja dan peniaga kecil.

Bagaimanapun, beliau berharap kemudahan tersebut dijaga dengan baik terutama dari aspek kebersihan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619