AGENDA

Gerak reformasi pentadbiran, jangan khianat amanah rakyat

14 Dis 2020, 12:12 AM
Gerak reformasi pentadbiran, jangan khianat amanah rakyat

SHAH ALAM, 14 DIS: Reformasi institusi harus segera digerakkan menjadi lebih baik, bertanggungjawab dan tidak mengkhianati amanah serta kepentingan rakyat.

Ketua pembangkang berkata pentadbiran juga perlu tegas menolak amalan kerendahan akal budi dan adab budaya termasuk terhadap Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

"Saya mengambil maklum dan menjunjung tinggi titah Tuanku Sultan yang mutakhir ini memberi gesaan terkait salah guna kuasa, rasuah dan percaturan elit politik.

"Saya fikir ia tidak hanya terbatas pada situasi politik di Perak, malah peringkat persekutuan juga," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan semalam.

Tegasnya, negara perlu kembali ke landasan, garis besar perjuangan dan keabsahan selain menghentikan imej serta gelagat ahli politik yang rakus dan tamak haloba.

Pada 10 Disember, Sultan Perak bertitah pelantikan menteri besar negeri itu sebanyak tiga kali sejak Pilihan Raya Umum ke-14 bukan satu kejayaan tetapi cerminan kegagalan ahli politik mendapat sokongan padu.

Baginda bertitah keadaan itu bukan sejarah yang perlu dibanggakan dan menggesa kemelut kepimpinan kerajaan negeri yang tercetus awal bulan ini ditamatkan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619