AGENDA

Jais: Akad nikah dibenar di masjid tiga daerah bebas PKPB

11 Dis 2020, 7:39 AM
Jais: Akad nikah dibenar di masjid tiga daerah bebas PKPB

SHAH ALAM, 11 DIS: Upacara akad nikah di masjid dalam daerah yang bebas Perintah Kawasan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibenarkan berkuat kuasa serta-merta.

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkata kebenaran itu membabitkan Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor kecuali di mukim Kuala Selangor.

"Hanya lima pasangan boleh dinikahkan dalam sehari, upacara dibenar dari Isnin hingga Ahad bermula jam 9 pagi hingga 5 petang sahaja.

"Jumlah kehadiran yang dibenar bagi setiap upacara akad nikah adalah 20 individu tidak termasuk penolong pendaftar perkahwinan dan dua saksi," kata jabatan menerusi Facebook hari ini.

Tambah Jais, kehadiran individu dari zon merah ke majlis tersebut juga tidak dibenarkan.

"Selain itu, orang ramai tidak boleh meminda lokasi majlis akad nikah ke tiga daerah berkenaan sekiranya mereka berada dalam zon merah Selangor atau luar Selangor.

"Tetapi pasangan boleh meminda untuk bernikah di Pejabat Agama Islam Daerah dengan kehadiran maksimum tiga individu sahaja iaitu pengantin lelaki dan wanita serta wali," katanya.

Pada 5 Disember lalu, kerajaan mengumumkan PKPB di Selangor disambung sehingga 20 Disember ini kecuali tiga daerah iaitu Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619