AGENDA

Ismail Sabri: Arahan bekerja di rumah masih dikuat kuasa

9 Dis 2020, 1:29 PM
Ismail Sabri: Arahan bekerja di rumah masih dikuat kuasa

SHAH ALAM, 9 DIS: Arahan bekerja di rumah masih dikuat kuasa di Lembah Klang susulan peningkatan kes Covid-19, kata menteri kanan (keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di Kuala Lumpur dan Selangor sehingga 20 Disember kecuali beberapa kawasan.

"Arahan kerja dari rumah kekal bagi Selangor dan Kuala Lumpur yang melibatkan sejuta penduduk kerana kawasan ini masih dikategorikan zon merah atau berisiko.

"Mengenai negeri lain, kita belum dimaklumkan sama ada perlu dilanjutkan atau tidak kerana Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) perlu menilai beberapa perkara terlebih dahulu," katanya pada sidang media hari ini.

Pada 21 Oktober, kerajaan membenarkan maksimum 10 peratus kakitangan sesebuah syarikat berada di pejabat sepanjang PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619