BERITA UTAMA

MPK tekad perkukuh integriti, perangi rasuah

9 Dis 2020, 5:42 AM
MPK tekad perkukuh integriti, perangi rasuah
MPK tekad perkukuh integriti, perangi rasuah

SHAH ALAM, 9 DIS: Majlis Perbandaran Klang (MPK) bertekad mengukuhkan integriti dalam kalangan warga kerja melalui pelaksanaan program memerangi rasuah.

Yang Dipertuanya berkata program meliputi majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU), ikrar integriti korporat (CIP) dan ikrar bebas rasuah (IBR).

Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin menjelaskan semua program terbabit mendapat kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“MoU antara MPK dan SPRM bagi membanteras rasuah secara menyeluruh sekali gus mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap integriti warga kerja kami.

[caption id="attachment_452709" align="alignright" width="500"] Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin menjawab pertanyaan media selepas pelancaran sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa (HARA2020) Peringkat Selangor di Bangunan MPK, Klang pada 9 Disember 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI[/caption]

“Program CIP pula bukan semata-mata menandatangani ikrar tetapi komitmen pengurusan MPK dalam memastikan kakitangan mempunyai integriti tinggi ketika melaksanakan tugas,” katanya.

Beliau ditemui selepas majlis pelancaran sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa PBT Perangi Rasuah peringkat MPK di Dewan Raja Mahadi di sini hari ini.

Ahmad Fadzli berkata program IBR menekankan janji pihak pengurusan dan warga kerja secara sukarela untuk memastikan setiap individu lebih bertanggungjawab ketika menjalankan tugas.

Tambahnya, program memerangi rasuah akan turut diperluas kepada peniaga dan pemegang lesen bagi membentuk budaya niaga berintegriti serta beretika.

“Rasuah dan penyelewengan akan menghalang pembangunan negara selain meluaskan jurang kemiskinan serta menjejaskan hasrat meningkatkan kualiti hidup sejagat,” katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619