AGENSI

Wanita PAKATAN Selangor sedia isi kuota 30 peratus ahli majlis

9 Dis 2020, 1:54 AM
Wanita PAKATAN Selangor sedia isi kuota 30 peratus ahli majlis

SHAH ALAM, 9 DIS: Pemimpin wanita Pakatan Harapan (PAKATAN) Selangor bersedia mengisi kuota 30 peratus ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) sesi 2021-2022.

Menerusi kenyataan bersama, ketua wanita gabungan tiga parti itu berkata seramai 84 calon menepati kriteria untuk menyandang jawatan tersebut.

"Kami yakin justifikasi ini mengambil kira rujukan polisi Kerajaan Negeri yang ditetapkan pada 2013 berhubung penglibatan wanita.

"Polisi ini menyediakan garis panduan kepada PBT untuk sekurang-kurangnya 30 peratus penglibatan wanita sebagai pembuat dasar," katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Selangor Rodziah Ismail, Ketua Wanita DAP Selangor Lee Kee Hiong dan Ketua Wanita AMANAH Rawiyiah Zakaria.

Mereka turut merakam penghargaan kepada Dato' Menteri Besar yang komited melaksanakan polisi tersebut selain peruntukan RM71.3 juta untuk pembangunan wanita dalam Belanjawan 2021.

Pada 2 Julai, Dato' Seri Amirudin Shari berkata hampir 25 peratus wanita negeri ini memainkan peranan sebagai pembuat dasar dan keputusan di peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619