SELANGOR

Petani sokong guna baja kompos, harap hasil meningkat

7 Dis 2020, 12:56 AM
Petani sokong guna baja kompos, harap hasil meningkat

KUALA SELANGOR, 7 DIS: Golongan petani di negeri ini berharap penggunaan baja kompos dapat meningkatkan hasil pertanian.

Nor Zuriana Suniey, 49, berkata dia sebelum ini menggunakan jenis baja AB (baja kimia tetapi tidak beracun) untuk tanaman cili dan pisang.

"Baja kompos elok untuk tempoh jangka panjang terutama bagi mengekalkan kesuburan tanah. Selain itu Kerajaan Negeri perlu meneruskan bantuan baja bagi meringankan beban petani," katanya ketika ditemui selepas menerima bantuan baja kompos yang disampaikan EXCO asas tani, Ir Izham Hashim.

Azimi Omar, 50, yang mengusahakan tanaman sayur pula menyambut baik inisiatif Kerajaan Negeri untuk meluaskan penggunaan baja kompos.

"Sejak berpuluh tahun lalu kebanyakan petani menggunakan baja kimia, jadi sudah tiba masanya kita beralih menggunakan baja kompos," katanya.

Bagi Mohd Arifin Yahya, 51, golongan petani perlu menyokong saranan Kerajaan Negeri supaya menggunakan baja kompos.

"Kajian membuktikan penggunaan baja ini lebih menguntungkan berbanding kaedah lama menggunakan baja kimia," katanya.

Sebelum ini Izham berkata baja kompos bakal digunakan secara meluas bagi meningkatkan hasil tanaman selain meningkatkan kesuburan tanah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619